|

AMPUNKAN DAKU




AMPUNKAN DAKU

Mengisahkan bagaimana Latifah (Sheila Rusly) yang menubuhkan rumah perlindungan remaja wanita ie KEWAJA. Kisah hidup latifah yang terpaksa berpisah dengan suaminya, Azri (Zamarul Hisyam) dan anaknya Khalish akibat tekanan yang dihadapi daripada ibu mertuanya (Fauziah Nawi). Ibu mertuanya memang tidak sukakannya akibat latarbelakang Latifah yang lahir sebagai anak luar nikah.

Latifah mengasaskan rumah perlindungan remaja yang mengandung anak2 luar nikah sama ada di rogol atau telah membuat perhubungan sebelum berkahwin. Suaminya Azi, seorang anak emak yang sentiasa mengikut cakap emaknya dan tidak mempunyai pendirian walaupun isterinya sering di tohmah dan didera secara mental oleh ibunya sendiri dan dia tidak pernah untuk membelanya. Disebabkan tidah tahan dengan situasi itu, Latifah mengajak Azri untuk keluar dari rumah tersebut dan membina kehidupan mereka sendiri. Puan Azimah (ibu mertuanya ) tidak mengizinkan anaknya ikut sekali dan meletakkan syarat jika Latifah ingin keluar dari rumah dia tidak boleh membawa satu pun barang atau harta kepunyaannya. Untuk itu, Latifah telah meminta RM300K sebagai ganti, atas pengorbanan dan penyeksaan yang ditanggung selama dia berkahwin dengan Azri. Azri amat terkejut dengan permintaannya itu dan mengandaikan dia sanggup menjualkan anaknya demi wang. Walhal Latifah telah menyatakan dia begitu kecewa kerana suami yang dinikahinya dan dianggap sebagai pelindungnya tidak mempunyai pendirian dan tidak langsung membela isterinya.


Anaknya yang telah meningkat remaja iaitu Khalish telah mengetahui kisah rumahtangga ayah dan ibunya melalui ibu tirinya Sara (Zila Bakarin) telah lari dari rumah dan tingga di KEWAJA demi mencari kebenaran tentang kisah yang berlaku di antara ibu dan ayahnya.

Menurut cerita yang di terima dari ayahnya, ibunya telah 'meminta wang sebanyak RM300K' daripada ibu mertuanya sebagai ganti memisahkan khalisha dengannya. Namun demi sebuah kebenaran Khalisha telah mendaftarkan diri sebagai penghuni KEWAJA dengan nama gelaran Lisa. Di situ dia cuba mencari bukti2 untuk menidakkan cerita yang diterima dari neneknya.

Akhirnya Khalisha yang lari dari rumah telah menghubungi ayahnya untuk menceritakan hal yang sebenar dan membawa ayahnya ke Kewaja. Dalam pada itu, neneknya telah mengupah orang untuk mengikut jejak mereka dan memberitahu ke mana anak dan cucunya telah pergi. Ketika Khalisha memperkenalkan ayah dan ibunya kepada penghuni KEWAJA, neneknya muncul dan Khalisha terus memperkenalkan neneknya sebagai pengasas KEWAJA dan telah membuatkan neneknya tersentuh.

Akhirnya berkat usaha dan kerja keras Khalisha untuk menyatukan ibu dan ayahnya tercapai apabila Pn. Azimah terbuka hati dan memohon maaf atas kesilapannya yang lalu.





Download link Ampunkan Aku


Hotfile
http://hotfile.com/dl/104197024/11ab52f/Ampunkan.Daku.2011.SDTV.DiMENSi.part1.rar.html
http://hotfile.com/dl/104197063/c70b9b4/Ampunkan.Daku.2011.SDTV.DiMENSi.part2.rar.html

Fileserve
http://www.fileserve.com/file/Gk86Dbu
http://www.fileserve.com/file/S5v8g7y


Posted by Aman on 12:49 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "AMPUNKAN DAKU"

Leave a reply

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Followers

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added

CEREKARAMA

FILEM MELAYU

telemovie